Good & Worst of 2011
Tahun lepas dimulakan dengan sesuatu yang indah iaitu perkahwinan abang aku Tahkim Amri dgn Isterinya Nor Fadilah..Syukur Alhamdulillah makin kurang org duduk rumah ni..Hu2.
Semoga mereka kekal Bahagia hingga ke akhir hayat..Amin
9 bulan kemudian mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang comel bernama Aqif,sungguh proaktifkan..
Aqif ni memang akif,penat nak layan.dah besar nanti habislah aku dikerjakan nya.
Tahun 2011 juga merupakan saat yg amat getir bagi aku apabila aku ditamatkan kontrak kerana menegakkan hak aku untuk keluar sembahyang Jumaat ,tapi aku redha sebab aku pelajari banyak dari company bertaraf antarabangsa ini Digi Telecomunication memang memberi aku satu pengalaman baru bekerja dibarisan hadapan dan pertahankan syarikat.Namun mungkin tiada rezeki ..Alhamdulillah.
Sewaktu bekerja di branch KLCC dengan Adini terbakar..ha3
Best Thing about working with Digi ialah pihak syarikat amat pentingkan Hiburan untuk pekerja jadi setiap thaun mereka anjurkan Party untuk kami,sewonoknya masuk pub dan joget - joget , siap menari dengan tunang orang lagi. Apa - apa pon aku seronok. Janji aku tak minum air setan tu.
Lepas dah berhenti kerja , kawan aku dari Filipina nak datang lawat Malaysia
so aku bawaklah dia pergi batu caves nak sangat pergi.sekali naik rasa macam nak pitam je, waktu turun rasa nak gelongsor je kebawah.
dan sepanjang aku bekerja dengan digi aku mampu memiliki 2 buah smartphone
salah satu ialah Samsung Ace aku beli pada harga RM999 setelah sebulan menggunakannya aku Hadiahkan kepada Mamaku,kasi dia biasa dengan teknologi baru.Check miss call pon tak lepas lagi.hrmm
Selang beberapa bulan setelah aku kumpul duit secukupnya ,aku beli handphone yang aku idamkan Iaitu LG Optimus White L970.Sewonoknya beli sesuatu hasil titik peluh sendiri dan aku masih menggunakannya sehingga kini.Ia canggih.nipis dari iPhone 4 ,screen paling cerah didunia dan ia milikku ..Alhamdulillah, seminggu kemudian bosan dah..ha3
Selain itu, hasil dari bekerja aku dapat melancong ke Kuching Sarawak,akhirnya dapat jejak kaki ke Borneo..Alhamdulillah
dapat makan me Kolok dengan Mee Daging.
Kemudian jalan - jalan ke kampung Boyan naik sampan,pergi Sarikin shopping jakun je setiap masa..ha3
Tengah syok dan Nervous tunggu naik kapal terbang sorang - sorang tetibe aku jumpa Miss Kim kardashian,terkezut siot.macam da jodoh je.ha3
pak cik ni kayuh sampan seperti sulam kain je.
pergi melawat Muzium Kucing..hu2..
Hamba Allah s.w.t. yang bertanggungjawab bawa aku jalan - jalan di Kuching.
Sebelum pulang mari kita Bermeditasi dan bersyukur atas segala pemberiannya..Amin
Selang seminggu kemudian aku dan kawan - kawan terbaik aku dunia akhirat pergi bercuti di Tioman
Azmi,Diyana & Saida
aku suka hotel ni.breakfast set macam lunch and dinner jer..mati kembung perut mengketedarah semuanya
ni lah bilik kami..malam - malam da askar buat party kat belakang ,gila ke pa dorang ni..nak tidur pon susah.
hasil dari memakain sub block,kulit aku x tanned seinci pon..kekal cerah berseri.syukran.hu2
Tahun 2011 juga merupakan tahun paling banyak aku makan,terus jadi gemuk..so pada tahun ini aku berazam untuk kurus semula,kene kurus wajib.
macam gampang je leh gemuk..nyesal ,aku malu..ha3..
dalam - dalam sedih dan menyesal tu aku rasa Bahagia kerna aku telah temui seseorang yang aku sayangi dan menyangngi aku seadanya.
Ceci the don
XOXO
Aku juga mendapat kawan baru iaitu Yasser dan Adi
juga Mell Ibrahim seorang Fashionista
saat paling sedih pada tahun 2011 ialah apabila Black intan payung buah hati jantungku telah disahkan Mati sakit tua.rasa macam terhenti kejap dunia ni.
R.I.P.
2003 - 2011
mana aku nak cari ganti kucing kesayangan ni.rasa macam nak bela anjing je hidup lama sikit.
dan untuk menutup tahun yang penuh suka dan duka ini.
aku decide untuk memotong rambut tapi dengan fashion yang berbeza bukan botak dah..semak je.
2011
2012
Aku buat rambut gaya ini untuk refresh back my life.aku kene dapatkan kerja dan sambung belajar ke peringkat Ijazah agar masa depan aku terjamin.Selain itu,aku bersyukur dapat dikurniakan kemewahan ,Kekasih yang Comel serta kakak yang baik hati..Amin.
Semoga tahun 2012 hidup aku berljalan dengan lancar,cemerlang dan diredhai Allah s.w.t.
Peace