Tuesday, March 24, 2009

My Vacation







Jika sebelum ini aku menggunakan bahasa inggeris untuk meluahkan perasaan disini maka kali ini aku akan menggunakan bahasa ibundaku iaitu bahasa melayu.

Akibat dari tekanan untuk menyiapkan final tesis untuk diploma ,aku telah bertekad selepas siap semua kerja aku akan berangkat ke suatu tempat yang jauh dari bandar dan dunia sebenar aku yang begitu sibuk dan kejam ke suatu tempat yang baru dan menenangkan.
Setelah selesai semua kerja pada 13/3/2009 aku telah ke pergi ke kaunter tiket untuk membeli tiket kebebasan aku.Kemudian aku pulang dan mengemasa barang untuk berangkat dan tidur.Tepat pada 15/3/2009 aku menaiki kenderaan yang membawaku ke suatu tempat jauh dari haru-biru bandaraya ini .Perasaan aku ketika itu tidak dapat aku bayangkan ,aku gembira kerana dapat meninggalkan tempat ini namun aku berasa sedih juga.Dalam perjalanan ke sana pemandu kenderaan tersebut berhenti ke beberapa tempat untuk penumpang makan dan membuang apa yang patut.Tepat jam 7.30 pm aku tiba ke destinasi yang dituju,gembira dan bersyukur sungguh hatiku ini setelah tiba dengan selamat dan amannya.
Tiba disana aku telah di ambil menaiki kereta dan menuju ke tempat tinggal baruku untuk satu minggu,pemandangannya amat menenangkan minda dan perasaanku yang bercelaru ini.Akhirnya aku tiba disini tempat yang begitu asing dan berbeza dari tempat asalku,penduduk disini begitu mesra dan tidak menilai diriku dari luaran.


Pada hari pertama aku disana aku telah pergi ke pasar untuk membeli ole-ole ,keadaan disana amat berlainan dari pasar-pasar lain yang pernah aku kunjungi.Hampir 90% peniaga di pasar itu terdiri dari rakyat asing.Dan cara mereka memandang aku seperti hendak menerkam .Setelah menjumpai barang yang ingin aku beli ,aku pulang ke rumah dan berehat.








Sepanjang aku di sana aku hanya menjamah ikan dan sayur-sayuran sahaja.Namun aku tidak kisah kerana aku suka masakan yang 'simple'.Keesokkan paginya aku dijemput pergi ke majlis perkahwinan salah seorang penduduk di situ.Lauknya sedap dan berbeza serta menjilat jari.Namun akibat banyak mata memandang kepada aku ,aku hanya menjamah sedikit makanan sahaja dan segera pulang ke rumah.Tiba dirumah aku rehat sambil menonton televisyen.Pada petang itu aku ronda-ronda kawasan tempat tinggal ku menggunakan motosikal yang disediakan





Pemandangan disana amat menyegarkan mata,sambil mendengar lagu kegemaran aku 'Love Story' aku membawa motor sambil menyanyi sepanjang jalan mengelilingi sawah padi yang terbentang luas dan jauh dari arus kemodenan manusia.




Pada esok paginya aku dibawa ke kawasan air terjun iaitu tempat yang mesti dikunjungi.
airnya jernih dan tidak deras.Aku membuka baju dan terjun ke dalam air yang sejuk dan menyegarkan itu.Lega rasanya seperti sedang diurut,selesai mandi aku menukar pakaian dan terus menuju ke rumah untuk makan.Malam itu aku menonton cerita hantu ,pada mulanya aku beranggapan cerita agak menakutkan namun setelah hampir setengah jam menontonnya aku rasa cerita ini sebenarnya melucukan dan sedih.Aku tergelak-gelak sambil menontonya,tepat jam 11pm aku tidur.

Setelah seminggu berada disana aku mula merasakan semangat baru dalam diriku,aku tidak mahu lagi menjadi bingung dan buruan .Banyak yang aku pelajari sepanjang percutian aku kali ini.Hidup ini bukan seperti cerita dongeng,semuanya perlukan usaha untuk berjaya perolehi sesuatu.Tepat Jam 9.30am pada 22/3/2009 aku bertolak pulang ke bandaraya yang haru-biru itu dengan seribu satu kenangan dan semangat baru.

No comments: