Saturday, January 22, 2011

Benda Baik Dibalas Dengan kebaikan,Benda Jahat Dibalas Dengan Kejahatan Serta Kesedihan


 Betul kata orang tua-tua ,Setiap Kebaikkan pasti Tuhan akan balas dengan Kebaikkan yang berganda-ganda.Tapi setiap Kejahatan Tuhan pasti akan balas dengan Bala & Malapetaka ataupun kesedihan , dan itulah yang telah berlaku pada diriku.

         Sepanjang aku Menjadi Syahmi,aku tidak pernah sanggup menjual diri Ku ini untuk mendapatkan sesuatu yang aku idamkan.Tapi akhirnya aku telah setuju menjual maruah diriku ini hanya untuk mendapatkan benda yang aku idam - idamkan iaitu iPhone.Sudah lama aku menanti saat untuk memiliki iPhone , selama 4 tahun aku menanti . Tiba - tiba satu hari seseorang muncul dan ingin mengenali diriku serta mahu memberi apa sahaja yang aku inginkan ,aku pula terdesak untuk memilik iPhone jadi aku memintanya iPhone .Tanpa banyak soal si dia bersetuju dengan syarat aku miliknya walaupun untuk satu hari . Aku pun setuju , setelah seminggu berlalu si dia masih tidak tunaikan janjinya untuk memberi Ku iPhone . Lalu aku mula menyoal si dia samada ingin menunaikan janjinya atau pun tidak , jika tidak aku akan berhenti menghubunginya . Akibat takut kehilangan diriku si dia setuju untuk berjumpa diri Ku pada 19/01/2011 ,penat aku menanti sehinggakan aku tidak lena untuk tidur dengan nyenyak .Namun bila tiba harinya tiada khabar berita dari si dia ,aku pasrah dan kecewa namun jauh disudut hatiku sedar yang si dia akan tunaikan janjinya.Keesokan harinya aku menelefon si dia dan meluahkan rasa tidak puas hati kerana diperlakukan sebegitu rupa sedangkan aku tidak melakukan apa - apa yang melayakkan aku menerima layanan sebegitu .Kemudian si dia meminta maaf dan berjanji akan berjumpa pada hari seterusnya ,tiba keesokkan harinya si dia tiba - tiba perlu pulang ke kampung atas alasan atuknya jatuh sakit.Sekali lagi aku kecewa dan merasa tertipu ,namun si dia berjanji akan berjumpa aku pada 22/01/2011 pada jam 5 petang .Jauh di dalam sudut hatiku ini ,aku seperti dapat merasakan yang perkara buruk akan berlaku dan seperti semua ini mimpi yang akan menghantui diriku ini.Aku tahu maruah diri lebih penting bukan iPhone yang dipandang oleh hati ku ini namun keinginan untuk memiliki sesuatu yang aku tidak pernah ada dan kecapi itu yang sebenarnya aku kejari dari dulu.

            Pada 22/01/2011 ,aku mula hari Ku dengan kekecewaan apabila si dia tiba - tiba menjadi berang kerana aku tidak menjawab panggilan telefon nya pada malam sebelumnya . Aku menjadi bingung kerana si dia yang tidka menjawab panggilan aku pada awalnya , kemudian si dia tidak semena - mena menjadi amarah dan bengis serta tiada mood untuk berjumpa aku . Aku berulang kali memujuk dan mengingatkan si dia yang si dia telah janji pada diriku yang si dia akan berjumpa , aku juga telah berfikir dengan sedalam - dalamnya yang aku tidka mahu si dia membelikan iPhone itu untuk ku . Aku tidak mahu terhutang budi , namun si dia tidak mempedulikkan aku . Saat berlalu dengan pantas dan hati Ku berdegup dengan pantasnya ,Tiba saatnya jam menunjukkan pukul 5 petang sbayang si dia tidka muncul tiba. Dari saat itu aku sedar segala harapan aku telah hancur ,aku telah ditipu dna dipermainkan . Aku tidak mampu berkata apa - apa selain termenung dan meratap kesedihan diriku ini , aku bersyukur dalam saat yang begitu sedih dan getir ini tuhan berikan aku kekuatan untuk menahan emosi dan air mata dari mengalir agar aku dapat bekerja dengan tenangnya .
Kejadian ini betul - betul menyedarkan diri ku yang setiap perkara yang aku lakukan pasti ada balasannya samada cepat ataupun lambat ia pasti akan tiba .Aku redha dengan dugaanMu Ini Ya Allah Ya Tuhan Ku , Semoga ia menjadi pengajaran dan ikhtibar buat diriku yang lemah ini ...........

Disebabkan perkara ini....aku ingin berhenti berfacebook buat sementara waktu ..... aku rasa inilah tindakan yang terbaik buat diriku agar aku dapat rehatkan minda serta emosi diriKu ini yang sedang kesakitan ...

End

1 comment:

berikan lah pengertian said...

bersabarlah wahai hati...segalanya akan di permudahkan..kembalilah kepadanya yg esa..insyaallh segalanya akan ok..kita hnya makhluk ciptaanya..mintalah drpda dia..tuhn yg satu