Monday, June 14, 2010

Seperti Hidup Tanpa Harapan


Pada 19/2/2010 aku tiba-tiba demam,pada mulanya aku sangka demam biasa.Tapi apabila aku sudah sampai ke singapura dan berjumpa sahabatku disana.badan aku mula lemah dan tidak bermaya seperti tubuhku dipenuhi batu-bata menyebabkan aku tidak boleh bangun dan terbaring di katil seperti menunggu maut.Pada keesokan paginya aku pulang ke Kuala Lumpur dan terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Hari pertama dihospital aku langsung tidak mampu untuk makan dan minum hanya baring keletihan.Hari kedua bacaan platelet aku menurun ke paras 90mikroliter,kemudian hari ketiga turun lagi ke paras 50 mikroliter. Doktor mula menasihatkan agar aku mengambil pelbagai buah-buahan untuk menaikkan jumlah platelet aku.Pada hari keempat ,rakan sekerja mama datang dan memberi cadangan agar aku diberi sup daun betik dan sup belut.Kemudian ibuku mendengar cadangan rakannya dan mula memberi aku sup daun betik yang sungguh pahit itu(Tuhan aje yang tahu)aku dipaksa telan sup daun betik dan makan sup belut.Kemudian sakit perut cirit-birit,terus hilang selera dan tidak bermaya.Hasil dari amalan minum sup daun betik itu jumlah platelet aku berjaya naik ke paras 45mikroliter selepas jatuh pada paras 40mikroliter.Keesokkan harinya pada hari selepas diambil darah ,keputusan menunjukkan platelet aku jatuh ke paras 20mikroliter ( jumlah platelet pada paras 80-100 harus dirawat segera dalam unit rawatan rapi untuk mengelakkan pendarahan organ dalaman) doktor mula mencadangkan aku menjalani tranfusi darah dalam bentuk Fresh Frozen Plasma yang dicairkan pada suhu badan kemudian ditransfusi ke dalam tubuh pesakit.Syukur transfusi darah tu tidak menyakitkan,namun aku mula mendapat reaksi transfusi badan aku mula gatal-gatal dan hati aku mula membengkak.Aku sukar untuk tidur dan bernafas ,pada malam itu doktor mula memberi aku tranfusi vitamin untuk menggalakkan penghasilan platelet dalam tubuh aku.Mulanya aku tidak rasa sakit sewaktu tranfusi vitamin itu,namun setelah lama sedikit rasa seperti paku dimasukkan dalam salur darah aku ini.Aku hanya mampu menggenggam erat selimut dan bantal untuk menahan kesakitan.Hari keenam platelet aku jatuh bawah paras 10 mikroliter dan hidung aku mula berdarah,doktor memberi amaran jika paras paltelet tidak naik maka aku akan dibawa ke unit rawatan rapi dimana peluang aku hanya tinggal 50/50 sahaja kemudian malam itu kakak aku menelefon aku.Dia memberitahu yang mama menangis bimbangkan nyawa aku diambang maut dan berharap aku sembuh secepat mungkin.Malam itu aku berdoa agar tuhan panjangkan nyawaku dan sembuhkan aku dari penyakit ini.

Pada hari ke
tujuh hari terakhir aku dihospital,doktor menyampaikan berita gembira yang platelet aku mula meningkat(Alhamdulillah)dan aku boleh pulang kerumah.Dengan gembiranya aku mula mengemas pakaian dan barangan dan berangkat pulang.Dalam sejarah hidup aku ini adalah kali kedua aku berhadapan dengan maut,aku amat bersyukur aku berjaya melawan virus denggi ini walaupun selang beberapa minggu kemudian salah seorang artis tanah air meninggal dunia akibat denggi berdarah.Apa akan berlaku jika aku lewat mendapatkan rawatan dan tidak berada di hospital.Segala dugaan yang diberi dariMu aku redha menghadapinya Ya Allah Ya TuhanKu.



No comments: