Tuesday, June 15, 2010

My Dream Gadget





Aku mula jatuh cinta terhadap benda yang digelar 'Gadget' ini semenjak aku berusia 13 tahun apabila aku mula mempunyai radio sendiri di biliku.Aku sukakan muzik dari barat hinggalah ke timur,kemudian apabila aku mula memasuki usia belasan tahun dan melalui zaman remaja .Aku giat aktif melakukan aktiviti luar seperti bermain badminton,pergi tuisyen dan melepak dirumah kawan-kawan.Pada zaman itu MP3 belum lagi wujud dan yang paling terbaru dan canggih ialah cakera padat(CD) ,namun aku tidak berkemampuan untuk memilikinya lagipun waktu itu minda aku lebih ke permainan komputer kerana ia satu kegilaan bagi remaja sewaktu itu.Tapi dah takdir,satu hari aku ke KLCC bersama keluarga aku ,kemudian mama singgah di Watson sebuah kedai serbaneka.Aku tidak berminat memasukinya namun aku tertarik dengan satu benda didalam nya ,kelihatan sebuah pemain kaset iaitu 'WalkMan' berjenaman AIWA .Aku mula meratapinya dan melihat segala inci alat itu.Dalam hatiku berkata canggih,kemudian aku melihat harganya......wow rm58 sahaja....!walaupun aku masih tidak pandai dalam segi kewangan namun aku tahu jumlah itu tidak begitu tinggi.Kemudian tiba sahaja dirumah aku mula mencari alternatif untuk mengumpul duit dan mencari idea untuk mendapatkan alat yang menjadi impian aku ketika itu.Namun aku gagal ,biasalah remaja asyik enjoy duit dgn beli komiks dan permainan video serta makanan.Aku pun mula lupa dengan 'WalkMan' itu ,tiba-tiba suatu hari aku mendapat berita gembira apabila mama dengan sukacitanya ingin membelikan aku 'WalkMan' itu untuk aku dengan alasan mama ada duit lebih.Aku begitu bersyukur dengan rezeki yang dilimpahkan kepada diriku ini oleh Allah S.W.T.,apabila dapat sahaja 'WalkMan'itu dintangan aku.Terus aku mencapai kaset untuk dimainkan,itulah pertama kali aku menyumbatkan earphone kedalam telinga aku.Sedapnya lagu ini,kemudian aku mula mengumpul pelbagai kaset dari pelbagai artis.Dari situ aku mula bijak menggunakan alatan yang digelar 'Gadget' ,dari situ juga aku mula mengenali yang radio ada pelbagai frekuensi dan stesen.selang beberapa tahun kemudian aku membeli 'WalkMan' baru jenama aiwa.Pada tahun 2002 aku dapat hadiah 'WalkMan' Sony ,canggih dan smart walaupun zaman 'DiscMan' dah bermula.Aku tidak pedulikannya kerana aku hanya mampu membeli kaset berbanding CD yang begitu mahal sewaktu itu.Namun zaman berubah dan juga begitu 'Gadget' ,tahun 2003 kebanyakan rakan-rakan sekolah mempunyai telefon bimbit semuanya jenama NOKIA.Aku tidak mampu membelinya namun aku bersyukur kakak aku mampu jadi aku tidka begitu ketinggalan dalam dunia serba canggih ini kerana aku reti menggunakan telefon bimbit.Selepas SPM aku bekerja dan membeli telefon bimbit sendiri,zaman itu telefon bimbit berkamera baru muncul.aku hanya mampu beli yang tiada camera dan tiada warna 2100.Apabila memasuki kolej aku menukar telefon bimbit kepada NOKIA 3100 ,kualiti gambar dan bunyinya 5 bintang.Puas hati membelinya,namun jodoh tak panjang sewaktu aku jogging ak tinggalkan dibawah tempat duduk motor kawan aku .Bila balik dari jogging ada minachi datang katanya ada orang mencuri barangan dibawah tempat duduk motor kawan.Aku redha je,kawan aku dah separuh gila.Jauh disudut hati aku mencaci minachi itu,kalau dah nampak takkan tengok je kot telefonlah polis atau jerit meminta tolong.Tapi aku paham perempuan lemah sedikit dan mudah panik,aku pun pulanglah dengan muka sedih tapi hati aku tak sedih seperti aku tahu yang aku akan dapat penggantinya.Hampir 2bulan aku tidak memiliki telefon bimbit,semua orang tidak dapat menghubungi aku seronok hidup .Aku lebih ceria tiada panggilan dan message dari individu-individu asing yang cuba mengenali aku.(Budget Hot sekejap) Hehehehe.


Namun pada tahun 2007 ada ura-ura mengatakan APPLE sebuah company yang berjaya mengjenamakan semula companynya dengan teknologi baru dari Amerika Syarikat,ingin mengeluarkan telefon bimbit dan mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak serta pujian.Pada penghujung 2007 lahirlah sebuah telefon yang dinamakan iPhone 2G(Second Generation) mulanya aku tidak tertarik kerana prepaid tidak boleh digunakan bersama iPhone ini ,jadi aku kekalkan minat terhadap NOKIA sebuah jenama yang tidak asing dimalaysia.Namun pada suatu hari aku ke cybercafe .Rumah ada komputer tapi internet tidak mampu dilanggan,lagipun zaman tu internet bukanlah satu keperluan sangat.Aku melawati laman web APPLE,memang canggih websitenya teratur berserta video cara mengguna.Tapi aku tidak mampu jadi lupakan sahaja,penghujung 2008 iPhone 3G mula dijual.
Pada masa itu minat aku mula timbul,kerana ia bukan sekadar telefon bimbit tapi ia mempunyai pelbagai aplikasi lain berbading jenama NOKIA,SAMSUNG,SONY ERICSSON.Dan yang penting internetnya laju dan mudah dilayari kerana teknologi sentuhnya yang canggih.


Pada bulan July 2009 ,iPhone 3Gs dilancarkan kelebihannya dari segi camera dan OS3.0 (software),minat aku bertambah seribu kali ganda,walaupun aku sudha memiliki telefon bimbit yang mempunyai camera dan boleh memainkan MP3 dengan baik tapi aku tetap menaruh minatterhadap iPhone seperti cinta pandang pertama.Tiba-tiba satu hari aku terlihat iPod Touch 1G(generasi Pertama) milik rakanku,Canggih sama seperti iPhone cuma tidak boleh Call,SMS dan mengambil gambar.Harganya pun murah rm994 sahaja berbanding iPhone rm2490,jadi aku pun tekad membeli iPod bersama sahabat baik aku Saida Putri



Cantikkan?
Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana akhirnya aku dapat membeli iPod Touch 2G(Generasi Kedua)kelebihannya ada bluetooth,pembesar suara dan kelajuan pemprosesan maklumat kerana dibina dari mikrocip baru.Semenjak itu ,aku mula pakar mengenai iTunes dan aplikasi-aplikasi yang dijual didalam iTunes serta koleksi MP3 aku lebih teratur dan menarik.Bagi aku sehari tanpa iPod amat membosankan jika keluar rumah pasti iPod menjadi teman untuk bermain games,mendengar lagu ,menonton movie ataupun melayari internet(Facebook).Dan kini setelah aku mendapat diploma aku boleh mula bekerja dan mengumpul duit untuk membeli 'Gadget' yang aku idamkan iaitu iPhone.Ia seperti suatu obsessi,namun pada aku ia ialah suatu impian kerana bukan semua orang yang membelinya tahu cara menggunakannya dan secara logiknya dunia semakin canggih jika kita tidak mahu mempelajari teknologi baru maka ketinggalanlah negara dan diri sendiri dari arus teknologi yang senantiasa berkembang setiap masa.Dengan lahirnya pelbagai alatan yang membantu kehidupan serta memudahkan kehidupan manusia,kehidupan kita bertambah teratur dan jurang antara manusia dari satu tempat ke tempat lain dapat dikurangkan.Sememangnya ada kebaikkan dan keburukkan dari teknologi ini namun ia semua ditentukan oleh individu intu sendiri untuk menggunakannya mengikut kehendak hati masing-masing.Semoga cita-citaku tercapai.......

No comments: