Wednesday, July 7, 2010

Mimpi Yg Ngeri Tapi Tidak Menakutkan....

Semalam aku mimpi pasal orang minyak...macam tengok drama je..dari mula dia jadi org minyak sampailah dia dibunuh..berserta iklan lagi..aku sempat bangun ke toilet kemudian sambung tido dan sambung bermimpi...
apakah maksud mimpi ini??
rupanya bila aku menonton TV3 petang ini drama dendam orang minyak telah hampir ke akhir episod....promote aku tengok drama tv3 ke?
apa-apa pon mimpi-mimpi ini telah lama aku alami..beberapa kali dalam setahun.sebelum ni aku mimpikan kisah pelesit,kemudian orang minyak.Adakah ia kesan kerana tidur lewat atau pon akibat dari menonton TV yang kerap??

Sebelum tido aku baca ayat qusi dan al-fatihah serta doa tido,basuh kaki lagi.Tapi mimpi jugak,maybe aku suka bermimpi kot.Atau mungkin aku tertekan oleh itu minda aku cuba mengurangkan tekanan dengan berimaginasi tentang benda lain agar aku tidak tertekan memikirkan masalah hidup ini.Aku berharap mimpi ini tidak menjadi realiti.....Amin

No comments: